Saturday, June 11, 2016

About Me & My Car & My goal in motorsport field: ANWAR, STI, MOTORSPORTS

About Me & My Car & My goal in motorsport field: ANWAR, STI, MOTORSPORTS: Subaru Impreza Wrx Sti EJ20 GRB 2008 Drag Battle Musc Motorsports 2015

ANWAR, STI, MOTORSPORTS

Hi, Nama ku Muhammad Anwar Bin Datuk Haji Basalie..... Lama benar tidak menulis blog selepas sibuk berlatih dan mengoperasikan modifikasi kenderaan kesayangan ku iaitu Subaru Impreza Wrx Sti EJ20 2008 atau lebih terkenal dengan julukan nama "The Red Wolf of Sabah". Kali ini, saya ingin berkongsi maklumat dan sedikit sejarah mengenai modifikasi, pencapaian, serta perancangan di masa akan datang saya sebagai pelumba kereta (Drag) bagi kategori "True Street AWD 2.0, Turbo" yang dianjur oleh penganjur tempatan Malaysia.

pada tahun 2012, saya telah membeli sebuah kenderaan terpakai dari salah sebuah dealer tempatan di Bandaraya Kota Kinabalu, keadaan saya pada waktu itu adalah seorang yang tidak tahu apa-apa mengenai perlumbaan motorsport secara terperinci. keadaan kereta pula serba "standard" dan tiada satu item "aftermarket" pada kenderaan ini. Chasis asal kenderaan ini adalah EJ20 GRB. sehinggalah saya bertemu dengan rakan-rakan yang menggunakan kenderaan jenama yang sama. Beberapa kawan yang membantu saya diperingkat permulaan adalah berkenalan dengan pemilik Workshop LB Weng, Toms, dan kedai tayar Kim Hwa dimana mereka begitu bersungguh-sungguh untuk membantu saya dalam memodifikasikan kenderaan termasuk membantu saya memperbaiki cara pemanduan saya. Lazimnya, kami bermula dari pelumba jalanan dimana pada waktu itu, sukar untuk kami mendapatkan kemudahan untuk berlumba. perlumbaan peringkat itu adalah salah dari segi undang-undang jalan raya, namun ada risiko yang kami ambil. bermula dari perkenalan ini, banyak wang yang saya belanjakan untuk meninkatkan kuasa kuda kenderaan ini selain itu, banyak juga ilmu dan pengetahuan saya peroleh selama 5 tahun ini. kenderaan saya kini tidak lagi seperti 5 tahun lalu, dan cara pemanduan saya juga turut meningkat. Kenderaan saya di "tune" oleh saudara Kenny Low dengan teknologi Reflash Engine Management setiap kali saya memasukan item "after market" baru. hasilnya cukup memuaskan sehingga hari ini. kemahiran memandu pula dilatih oleh Datu Nazaruddin atau lebih saya gemar panggil "abg Ann". abg Ann adalah salah seorang individu penting dalam meningkatkan mutu kemahiran pemanduan saya dari segi teknik, moral dan motivasi agar saya tidak mengalah bila bertemu dengan perkara rumit termasuklah kerana tewas dengan kenderaan "sleeper car". saya beberapa kali pernah ditumpaskan dan juga pernah menjadi bahan belasahan di awal karier sehingga ramai juga memandang rendah pada saya pada waktu itu. saya amat berterima kasih kepada Leslie Thien, Bryan Peng, Calvin Chin, Abg Ann, Kenny dan Bane kerana setia untuk terus membantu saya meningkatkan mutu pemanduan kenderaan sukan dengan lebih baik disamping menaikan semangat saya. pada tahun 2015, MUSC Motorsports datang ke Sabah untuk menganjur pertandingan Drag Battle dan mendapat sambutan yang menakjubkan daripada pelumba-pelumba tempatan Sabah, Sarawak, mahupun Negara Brunei Darul Salam. Pelbagai kategori yang dipertandingakan dari peringkat kategori drag bike sehinggalah kategori King Pro. pada waktu itulah kali pertama saya melibatkan diri untuk bertanding dan merupakan hari kebanggaan saya untuk bergelar sebagai seorang Dragster di Sabah, keputusan pada penampilan pertama saya sebagai seorang Street Dragster pada waktu itu amat mengejutkan kerana saya berjaya mendapat best 8 dalam kategori itu dengan catatan masa 13.204 saat sepanjang 401 meter.
ia merupakan salah satu pencapaian yang cukup membanggakan saya kerana hanya mengguna tayar biasa, bahagian dalaman engine yang masih lagi "standard", serta turbo "standard", saya mampu mendapatkan catatan masa yang baik.

Photo bersama kenderaan Kenny yang dipandu Calvin dan Kenderaan Leslie :).

Jentera saya pada waktu itu, di gambar oleh juru foto MUSC.

Knockout stage, Foto daripada MUSC Motorsports.


Qualification Stage, Foto daripada Datu Nazarruddin Dato Tigabelas


Bersambung...Nantikan edisi yang akan datang nanti )